Saturday, 5 May 2012

TIPS KURUS YANG BETUL..

ANDA INGIN KURUS?? AMALKAN CARA-CARA BERIKUT.
Kontrol Porsi
Tetapkan porsi anda, lebih baik buatanda untuk makan sesuai dengan porsi anda dari pada menyantap makanan secara berlebihan. Saat anda makan dengan porsi lebih sedikit, anda dapat makan secara teratur sepanjang hari. Contohnya, untuk membuat metabolisme lebih tinggi anda dapat menyantap 5 ukuran kecil makanan dalam sehari dengan jarak waktu 2-3 jam. Cara ini dapat membantu metabolisme anda dan juga membuat tetap kenyang sepanjang hari.
Hindari Makanan Manis
Gula adalah musuh besar saat diet dimulai. Untuk beberapa alasan saat anda mulai menyantap makanan sihat dan menjalani diet, biasanya kerap ingin menyantap makanan manis. Cara terbaik untuk menghindari masalah ini adalah makan buah kegemaran anda atau agar-agar, saat keinginan itu muncul.
Air
Untuk mengurangi kelebihan air di tubuh, anda harus minum banyak air untuk melepaskan air yang disimpan oleh tubuh. Tubuh kita menahan air untuk memastikan agar tidak mengalami dehidrasi. Saat anda minum lebih banyak air sepanjang hari dan setiap harinya, ia akan membantu melepas air berlebihan di tubuh.
Aktif
Usahakan untuk tetap aktif dengan kegiatan menyenangkan, aktiviti yang membuat rileks untuk hari santai anda. Bersenang-senanglah dengan anak anda, lakukan yoga, jalan-jalan atau lakukan permainan yang bersifat olahraga.
Menjalani diet memang tak mudah, tapi kunci untuk kesuksesan menurunkan berat badan adalah komitmen. Keteguhan di fikiran kitalah yang akan mendorong untuk melakukan usaha yang lebih keras.
Selain itu, ikuti tips ini:
1. Hindari makan malam malam, jika anda masih makan juga kurangi porsinya dan usahakan tiga jam sebelum tidur.
2. Kunyah makanan lebih lama sehingga anda akan merasa lebih cepat kenyang dari biasanya.
3. Makan makanan yang tidak banyak mengandung lemak
4. Sila makan makanan kesukaan anda tapi kurangi porsi sedikit demi sedikit setiap makan anda makan.
5. Usahakan anda berjalan sejauh minima 400 meter sehari. Ia juga dapat digantikan dengan treadmill.
6. Usahakan [ push up dan sit up waktu bangun tidur dan waktu mau tidur malam atau pagi- masing masing 20 kali dan ditambah setiap harinya sampai anda mampu 1oo kali tiap set ]
7. Kurangi  makanan yang mengandung kadar gula tinggi
8. Jika anda sedang lapar makan nasi sedikit saja dan kenyangkan dengan memakan sayuran atau buah.
9. Jika malam hari anda terbangun dari tidur dan merasa lapar anda boleh minum air mineral atau makan buah epal atau pisang satu saja.
10. Bagi pekerja ofis dapat menggunakan kerusi yang dapat beputar dan duduk lah dengan posisi tegak dan putar badan anda ke kiri dan kekanan, posisi tangan letakan pada pegangan kerusi satu dan satu lagi lurus ke atas. atau dengan cara meletakan kedua tangan didepan dada lalu putar badan ada ke kiri ke kanan, ganti posisi putaran pertama putaran dari perut ke kaki, kedua dari perut ke dada. lakukan minimal 1o minit setiap hari di pejabat.
11. Bersandar di dinding posisi terbalik, kaki ke atas dan miringkan posisi kaki mulai dari 30 darjah sampai 80 lakukan lalu tahan selama 1 menit masing masing. Ulangi selama 15 minit

Shazreena+Azim = Love is cinta

                                         Awak bila kita nak jumpa?? =)




                  
                           ILOVEUSOMUCH damn much dear!!=D
                           haishhh ape hal lah kau pegi duduk jauh -jauh....ngehehehe


dulu saya kurus!!

Saya berdiet gile bapak demi mendapatkan tubuh yang langsing sebab dulu saya agak chubby sedikit..
Saya rasa kurus itu lawa..haha
Tips saya yang boleh dipakai tapi saya tak pakai dah sekarang

1)makan waktu pagi hanya sedikit seperti nasi lemak yang separuh,roti canai separuh,nugget yang sedikit,makan roti 2 keping, dan saya tak ingat dah..hehehe
2)di sekolah saya hanya lunch roti sahaja(masa form 3) berat saya 48 kg shj!!
   Sy lunch nasi,makanan berat berat(masa form 4) berat saya 50/52 shj!!
3)exercise lebih-lebih,,lagi lagi hari sabtu dan ahad.Dan menari k-pop ikut music video
4)malam saya tak makan langsung!!saya sanggup berlapar demi nak kurus
5)tahan nafsu makan waktu malam even sekeping donut big apple sebab takut gemuk..tapi sekarang semua saya ngappp!!hahahah
6)minum air masak lah of course!
7)makan nasi dalam kuantiti sedikit setiap petang
8)makan nasi sekali sahaja sehari!!kadang-kadang dua kali...

*tak tahu la diet saya tu sihat ke tak* yang pasti saya terlalu kurus!!!semua orang tegur..




 namapak kurus dan cengkung!!leher saya yang jinjang dann panjang..

rakan rakan saya di tingkatan 4..

Mereka sangat sporting dan best gilerr!! hahaha
Saya duduk di barisan depan sekali masa saya form 4.tengah-tengah lagi tu,So, kiri saya kanan saya dan belakang saya semua kawan-kawan saya yang baik belaka..
Khairunnisa dan Syuhadah!Mereka gile2 nak mati,,Saya rasa gembira Bila mereka buat saya tertawa..
Saya yang nampak serius  ni sebenarnya bukan lah serius sangat..Saya pun layan gila2 mereka.BEST!!
Kelakar dan paling penting saya suka mengusik cikgu yang mengajar menjadikan saya pelajar yang riang dan disukai ramai.
TEtapi saya telah membuat kesilapan yang paling besar dalam hidup saya..Saya menjadi bangga diri kerana saya rasakan orang lain memandang tinggi pada saya,,=(
Saya memandang orang lain rendah kerana saya rasa saya bijak..
Saya tidak ikhlas dalam persahabatan..
Saya hipokrit..
Saya menyesal sangat sangat..
Andai masa dapat diundur saya akan menjadi lebih baik dan ikhlas dalam melakukan sesuatu itu..
Saya akan jadi lebih ikhlas dalam persahabatan..
Saya tidak memandang rendah pada orang lain..
Elora!saya rasakan dia seorang kawan yang best dan jauh lebih bijak dari saya.Dia suka membantu orang lain,cikgu-cikgu dan pandai bergaul..
Gayanya yang sempoi dan bijak dalam bahasa inggeris menjadikan dia lebih menarik.Anak doktor tuu..hahaha.
Izzati! walaupun dia pendek, dia petah berkata=kata,,Saya lebih suka mendengar daripada bercerita..Saya seorang pendengar yang baik.Yang paling penting saya gila-gila..(ikut perangai abah yang gila-gila dan suka buat orang lain tertawa)
Azzyati! wataknya ketika itu sepoi-sepoi bahasa!!haha
tak berapa rapat kerana tempat duduk kami jauh.
Tetapi..Dia seorang yang pendiam,kelakar dan sempoi aje..ehhehehe..
Saya kasihan tengok dia selalu seorang diri jadi saya kawanlah dengan dia..
 Nazierah dan saya!! kulit putih macam jepun,mata sepet,banyak cakap dan gila..hahaha
                                        Kiri sekali iya,azmiera,saya,zati,ikin
                                      Kiri sekali zatie,fitrah,saya,dan lola!!!
k


                                     Yang ni pandai pandai pikir la sape yerr,,,heheh

SAYA OBSES UNTUK CANTIK

Hurm..apa lah sangat yang difikirkan budak remaja yang hanya berusia 15 dan 16 tahun tu.
pelik pula dengan saya, yang saya fikir hanya lah CANTIK DAN MENJADI CANTIK tanpa saya sedari erti kecantikan sebenar!hehehe
Saya rasa keghairahan saya untuk menjadi cantik adalah disebabkan oleh ibu saya..hehe sorry ibu!
Saya akan mencuri alat solek ibu saya dan menggunakan sebaik mungkin..
Ini semua kerana saya perasan cantik.hehe
sampaikan apabila di pusat tusyen mereka menggelar saya tepung gomakk..ini semua kerana ingin menjadi putih yang palsu..
seusia 15 tahun ketika saya mengambil PMR, sy masih obses akan kecantikan itu.
Syukur alhamdulillah kerana Allah S.W.T mengurniakan saya kelebihan itu..
Dalam kesibukan saya untuk tampil menjadi cantik, saya menyukai seorang mamat yang sama tusyen dengan saya tu..
Tak jadi belajar dibuatnya..
Fikiran saya melayang-layang apabila mengingati dirinya..
Orangnya semestinya Kacak,Tinggi,Berhidung Mancung Dan Muka Ala-Ala Pakistan..kacukan barangkali..
Hati perempuan mana yang tak berdetak apabila melihat dirinya,,
Orangnya semestinya bijak sekali..dan selalu menjadi saingan saya apabila di dalam kelas..
Tapi saya hanya merahsiakan hati dan perasaan saya itu..
Saya pemalu orangnya...hehehehe =P
Saya merasakan sayalah orang yang paling bahagia dalam dunia ini apabila berjumpa dengannya di kelas tusyen..
Bayangkanlah saya menjadi angau dan syokk sendiri tahun saya mengambil PMR..
hehehehe..sangat kelakar apabila mengenangkannya..
Tetapi saya kuatkan hati saya untuk terus memendam rasa ini..Dia barangkali suka pada saya atau tidak saya tak pasti..Saya takut untuk ditolak begitu sahaja..
Apabila PMR menjelang saya dapat mengawal perasaan saya sebaik mungkin..
hehehe.CINTA MONYET..adakah patut saya menyukai PLAYBOY HENSEM ITU??hahaha.sangat kelakar...
APabila keputusan PMR keluar saya mendapat 8A dalam setiap matapelajaran..Saya gembira tak terkata..
Tangan saya menggigil apabila nama saya diumumkan..
Saya menangis dalam kegembiraan..Saya sangat bersyukur kerana Allah s.w.t mengabulkan doa saya dan ibu bapa..
Kawan-kawan yang lain yang mendapat straight A's mengatakan mereka tidak menjangkakannya mereka mendapat semua A sedangkan mereka belajar hanya main-main sahaja.
Masya-Allah sedangkan saya belajar tergolek terbalik untuk mendapatkan straight A's itu..hahaha
Macam-macam cara saya guna pakai dalam belajar cara saya itu..
Pertama: saya menyiapkan homework semuanya di sekolah(kadang-kadang tidak sempat habiskan semua)
Kedua : Saya fokus masa cikgu mengajar
Ketiga : saya buat latihan yang banyakkk gilerrr
Keempat: saya Pergi tusyen
Kelima :saya bangun pagi untuk belajar
Keenam: Solat 5 waktu dan banyak lakukan solat hajat
Ketujuh : Menjaga hubungan baik dengan Allah,ibu bapa,guru dan semua orang..
Kelapan:setiap kali ujian bulanan apabila saya tak dapat A  dlm satu-satu matapelajaran tu saya akan menangis dan berjanji akan dapatkan A!
dan ALHAMDULILLAH I DID IT!!=D
Tetapi apabila rakan-rakan yang lain memasuki MRSM dan SBP saya tidak mendapat peluang itu..
Sedihnya di hati Allah je yang tahu...
Sudah lama saya inginkan belajar di mrsm dan sbp..
tapi apakan daya bukan rezeki saya,,Sejak sekolah rendah lagi saya ada impian untuk belajar di sekolah tersebut..
Apakan daya..Suratan takdir telah  menentukann..Phewww,,
Sekarang saya tak sedih lagi!!
Sebab Saya da habis sekolah punn..YihaaaAA,,,



Akibatnya..saya memakai produk yang bermacam jenis untuk kulit yang cantik..
Sedangkan dalam produk2 tersebut mengandungi bahan kimia yang berbahaya..
bertukar-tukar produk bukan langkah yang bijak..
Kita perlu bersabar apabila menggunakan sesuatu produk itu.
Masalah saya sekarng ialah kulit muka sy ditumbuhi jerawat sedangkan dulu bersih dan cantik..
Adakah faktor hormon?kesan produk tersebut?atau pun alahan pada kucing??
kesan-kesan jerawat walaupun tak jelas tapi masih ada di wajah saya..
saya sedang memakai produk EUCERIN.dari  jerman.Direka khas oleh doktor.Saya harap kesan kesan jerawat di muka saya akan hilang..InsyAllah,,wajah adalah aset wanita,,

*kepada orang yang saya sayang please jangan cemburu tentang cerita lama saya itu.heheh