Saturday, 5 May 2012

SAYA OBSES UNTUK CANTIK

Hurm..apa lah sangat yang difikirkan budak remaja yang hanya berusia 15 dan 16 tahun tu.
pelik pula dengan saya, yang saya fikir hanya lah CANTIK DAN MENJADI CANTIK tanpa saya sedari erti kecantikan sebenar!hehehe
Saya rasa keghairahan saya untuk menjadi cantik adalah disebabkan oleh ibu saya..hehe sorry ibu!
Saya akan mencuri alat solek ibu saya dan menggunakan sebaik mungkin..
Ini semua kerana saya perasan cantik.hehe
sampaikan apabila di pusat tusyen mereka menggelar saya tepung gomakk..ini semua kerana ingin menjadi putih yang palsu..
seusia 15 tahun ketika saya mengambil PMR, sy masih obses akan kecantikan itu.
Syukur alhamdulillah kerana Allah S.W.T mengurniakan saya kelebihan itu..
Dalam kesibukan saya untuk tampil menjadi cantik, saya menyukai seorang mamat yang sama tusyen dengan saya tu..
Tak jadi belajar dibuatnya..
Fikiran saya melayang-layang apabila mengingati dirinya..
Orangnya semestinya Kacak,Tinggi,Berhidung Mancung Dan Muka Ala-Ala Pakistan..kacukan barangkali..
Hati perempuan mana yang tak berdetak apabila melihat dirinya,,
Orangnya semestinya bijak sekali..dan selalu menjadi saingan saya apabila di dalam kelas..
Tapi saya hanya merahsiakan hati dan perasaan saya itu..
Saya pemalu orangnya...hehehehe =P
Saya merasakan sayalah orang yang paling bahagia dalam dunia ini apabila berjumpa dengannya di kelas tusyen..
Bayangkanlah saya menjadi angau dan syokk sendiri tahun saya mengambil PMR..
hehehehe..sangat kelakar apabila mengenangkannya..
Tetapi saya kuatkan hati saya untuk terus memendam rasa ini..Dia barangkali suka pada saya atau tidak saya tak pasti..Saya takut untuk ditolak begitu sahaja..
Apabila PMR menjelang saya dapat mengawal perasaan saya sebaik mungkin..
hehehe.CINTA MONYET..adakah patut saya menyukai PLAYBOY HENSEM ITU??hahaha.sangat kelakar...
APabila keputusan PMR keluar saya mendapat 8A dalam setiap matapelajaran..Saya gembira tak terkata..
Tangan saya menggigil apabila nama saya diumumkan..
Saya menangis dalam kegembiraan..Saya sangat bersyukur kerana Allah s.w.t mengabulkan doa saya dan ibu bapa..
Kawan-kawan yang lain yang mendapat straight A's mengatakan mereka tidak menjangkakannya mereka mendapat semua A sedangkan mereka belajar hanya main-main sahaja.
Masya-Allah sedangkan saya belajar tergolek terbalik untuk mendapatkan straight A's itu..hahaha
Macam-macam cara saya guna pakai dalam belajar cara saya itu..
Pertama: saya menyiapkan homework semuanya di sekolah(kadang-kadang tidak sempat habiskan semua)
Kedua : Saya fokus masa cikgu mengajar
Ketiga : saya buat latihan yang banyakkk gilerrr
Keempat: saya Pergi tusyen
Kelima :saya bangun pagi untuk belajar
Keenam: Solat 5 waktu dan banyak lakukan solat hajat
Ketujuh : Menjaga hubungan baik dengan Allah,ibu bapa,guru dan semua orang..
Kelapan:setiap kali ujian bulanan apabila saya tak dapat A  dlm satu-satu matapelajaran tu saya akan menangis dan berjanji akan dapatkan A!
dan ALHAMDULILLAH I DID IT!!=D
Tetapi apabila rakan-rakan yang lain memasuki MRSM dan SBP saya tidak mendapat peluang itu..
Sedihnya di hati Allah je yang tahu...
Sudah lama saya inginkan belajar di mrsm dan sbp..
tapi apakan daya bukan rezeki saya,,Sejak sekolah rendah lagi saya ada impian untuk belajar di sekolah tersebut..
Apakan daya..Suratan takdir telah  menentukann..Phewww,,
Sekarang saya tak sedih lagi!!
Sebab Saya da habis sekolah punn..YihaaaAA,,,



Akibatnya..saya memakai produk yang bermacam jenis untuk kulit yang cantik..
Sedangkan dalam produk2 tersebut mengandungi bahan kimia yang berbahaya..
bertukar-tukar produk bukan langkah yang bijak..
Kita perlu bersabar apabila menggunakan sesuatu produk itu.
Masalah saya sekarng ialah kulit muka sy ditumbuhi jerawat sedangkan dulu bersih dan cantik..
Adakah faktor hormon?kesan produk tersebut?atau pun alahan pada kucing??
kesan-kesan jerawat walaupun tak jelas tapi masih ada di wajah saya..
saya sedang memakai produk EUCERIN.dari  jerman.Direka khas oleh doktor.Saya harap kesan kesan jerawat di muka saya akan hilang..InsyAllah,,wajah adalah aset wanita,,

*kepada orang yang saya sayang please jangan cemburu tentang cerita lama saya itu.heheh

No comments:

Post a Comment